Jika ditanya, berapakah album yang telah dihasilkan
oleh seorang artis? Tahun berapakah lagu ini dihasilkan? Berapa ramai orang
yang pergi ke panggung melihat tayangan video? Semua kita tahu. Tetapi, adakah
kita tahu berapakah rukun solat? Rukun iman dan rukun islam ada berapa? Mesti ada
yang terkial-kial untuk menjawabnya.
Di sini, saya ingin tekankan rukun solat. Rukun solat ada berapa? Pernah saya bertanya pada sahabat-sahabat saya. Ada yang dengan jujur menjawab, “entahlah”. Ada juga jawapan, “ 13 kot”…. Ada juga yang menjawab, “ 13 ke 14 eak?”
Yang pastinya, jawapannya adalah 13. Sama ada solat sunat mahupun solat fardhu. Rukunnya tetap sama.

- Berdiri tegak
- Niat di dalam hati
- Takbiratul ihram
- Membaca surah Al-Fatihah
- Ruku’ beserta tama’ninah (berterusan ruku’ dalam keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih)
- I’tidal beserta tama’ninah (berterusan I’tidal dalam keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih. Tidak melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah)
- Sujud dua kali dalam setiap rakaat beserta tama’ninah (berterusan sujud dalam keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih)
- Duduk antara dua sujud beserta tama’ninah (duduk dalam keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih)
- Duduk tahiyyat akhir
- Membaca tahiyyat akhir (tasyahhud)
- Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.. selepas tasyahhud
- Salam yang pertama
- Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnya dikemudiankan)
wallahualam...
.jpg)
No comments:
Post a Comment