Bismillahirahmanirahim…
Terbaca
pernyataan di ruangan sosial, “menunggu seseorang yang boleh mengimami
solatku”…
Pada
pandangan pertama, anda mesti menjangkakan ini adalah pernyataan dari seorang
wanita dan jawapannya adalah betul.
Wahai keturunan Hawa, kamu sememangnya ingin mencari keturunan Adam yang
soleh. Sedar atau tidak, keturunan Adam juga ingin mencari keturunan Hawa yang
solehah. Bukannya yang ‘soleh asal boleh’ dan juga bukannya yang ‘solehah hah’.
Wanita menginginkan
seorang suami yang baik, beriman dan sebagainya. Lelaki juga sama. Ingin
memperisterikan seorang wanita yang baik dan juga solehah. Tidak dilupakan,
seseorang yang boleh menjaga keturunannya ketika ketiadaannya di rumah dan
menjaga nama baiknya sendiri.
Jadi,
bagi kita, untuk mendapatkan seseorang yang baik, beriman, bertaqwa dan
sebagainya, kita seharusnya perlu menjadi
seperti apa yang kita mahukan dari pasangan kita kelak. Barulah kita boleh mengatakan yang kita mahu
seperti itu dan ini. Jika kita ditakdirkan untuk bertemu dengan seseorang yang
kita idamkan, Alhamdulillah. Jika tidak, terimalah dia dengan seadanya. Jika
kita boleh menerima kekurangan seseorang, tidak mustahil suatu masa, kekurangan
yang dia ada akan menjadi suatu kelebihan kepadanya.
Ingatlah
wahai teman-teman seperjuanganku, tugas dan tanggunjawab seorang insan yang
bergelar suami dan juga isteri amatlah besar. Jadi, matangkanlah pemikiran,
matangkanlah hati, perbuatan dan segalanya sebelum menempuh alam perkahwinan.
Bersedialah dengan secukupnya sebelum berperang. Maksud saya menempuh suatu alam
yang baru, yang kita tidak tahu bagaimana rintangan dan dugaan yang bakal kita
hadapi.
Sampai
di sini sahaja coretan saya. Ingin bercerita panjang mengenai perkahwinan tidak
boleh sebab saya sendiri belum lagi mengalaminya. Sekadar perkongsian dari
sumber bacaan dan pemerhatian. Andai ada salah dan silap, harap di maafkan..
Wallahu’alam……

Janji ALLAH orang yang baik2 akan mendapat pasangan yang baik2.dan jugak sebaliknya.walahualam.
ReplyDelete