Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Setiap salam yang diucapkan, ada caranya yang perlu
kita ikut untuk menjawabnya.
Jika pemberi salam mengatakan “Assalamualaikum..” ,
maka kita disunatkan menjawab lebih dari itu. Iaitu “Waalaikumussalam
warahmatullah..”.
Jika pemberi salam mengatakan “Assalamualaikum
warahmatullah..” , maka kita disunatkan untuk menjawabnya dengan
“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.”.
Di dalam ungkapan “Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh”, mempunyai 5 kalimah.
Salam, ‘Alaik, Rahmat, Allah, Barakah.
Pemberi salam mengucapkan “Assalamualaikum”,
mengandungi 2 kalimah. Jadi kita menjawabnya “Waalaikumussalam warahmatullah”,
iaitu mengandungi 4 kalimah.
Pemberi salam mengucapkan “Assalamualaikum
warahmatullah” mengandungi 4 kalimah. Jadi kita menjawabnya “Waalaikumussalam
warahmatullahi wabarakatuh” iaitu mengandungi 5 kalimah.
Jadi, disunatkan untuk kita menjawab salam dengan
lebih dari ungkapan yang diberi oleh pemberi salam.
Ada satu kisah disebalik perkara ini.
Pada suatu masa ketika nabi Muhammad s.a.w. berada
di dalam masjid, datang seorang sahabat memberi salam, “Assalamualaikum”.
Baginda lantas menjawab “Waalaikumussalam warahmatullah”. Datang pula seorang
sahabat yang lain memberi salam, “Assalamualaikum warahmatullah”. Lantas
baginda menjawab, “Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh”.
Di sini dapat dibuktikan bahawa baginda sering
menjawab salam lebih dari pemberi salam.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Wallahu’alam..
No comments:
Post a Comment