Bismillahirahmanirahim. Mulakan pagimu dengan lafaz yang mulia ini. Mulakan setiap pekerjaan dengan lafaz yang indah ini. Insya-Allah, diharapkan apa yang kita lakukan seharian akan di berkati Allah s.w.t...
Nukilan pada pagi ini hanyalah berkisar tentang niat. Perkara yang sering diperkatakan. Niat itu penting kerana setiap perkara yang kita lakukan akan dimulakan dengan niat. Insya-Allah, niat yang baik akan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah s.w.t..
Apa yang ana ingin perkatakan, kita perlu membetulkan dahulu niat kita sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Biarlah pekerjaan yang kita lakukan kita niat kerana Allah s.w.t.. Insya-Alah, moga-moga pekerjaan kita, rezeki kita dan ilmu kita akan diberkati oleh-Nya. Insya-Allah.
Di dalam kehidupan seharian, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan mestilah berlandaskan pada beberapa hukum.
- Halal
- Haram
- Sunat
- Makruh
- Harus
Sebagai seorang pekerja, pelajar mahupun orang biasa, kita kena berfikir sebelum bertindak. Maknanya kita perlu berfikir dengan teliti sebelum membuat sesuatu keputusan ataupun sesuatu perkara berdasarkan hukum-hukum di atas. Insya-Allah, jika kita boleh melakukan perkara tersebut, perkara-perkara negatif boleh di elak di dalam kehidupan kita seharian.
SETIAP AMALAN BERDASARKAN NIAT..
Khalifah Umar bin khatab melaporkan , katanya." saya pernah mendengar Nabi Muhammad berkata. "Amalan seseorang itu ditentukan oleh niatnya, oleh itu setiap orang mendapat apa yang diniatkan. Oleh sebab itu, orang yang berhijrah kerana Allah dan utusan-Nya, hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Tetapi bagi sesiapa yang berhijrah dengan niat hendak mendapatkan keuntungan di dunia ataupun bagi mendapatkan isteri, beliau mendapat apa yang diniatkan semasa berhijrah."
(40 hadis IMAM NAWAWI- HADIS YANG PERTAMA)

Jika kita ingin berfikiran positif, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang yang positif.
Sekian sahaja nukilan di pagi hari. Ini hanyalah sekadar perkongsian yang dapat ana berikan. Hanyalah sekadar pandangan dari diri ana yang lemah ini sendiri. Segala yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t., yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri ana sendiri. Wallahualam..
hadis sumbangan daripada Ahmad Hafiz..
hadis sumbangan daripada Ahmad Hafiz..
No comments:
Post a Comment