Sikap bertolak ansur amat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Di dalam apa jua keadaan sekalipun, kita mesti mengamalkan sikap bertolak ansur. Islam juga mengajar kita bertolak ansur dalam semua perkara.
Walaupun kita di dalam situasi perselisihan faham, meskipun bukan kita yang bersalah, kita kena bertolak ansur, berbincang dengan cara yang elok. Ini kerana jika api bertemu api, makin marak api tersebut.. tetapi jika api bertemu air, kita sendiri boleh mengagak jawapannya.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Hati yang tenang jangan disangka tiada gelora. Tetapi jika gelora tersebut disalurkan pada jalan yang betul, insya-Allah, hati kita akan lebih aman. Di dalam ajaran Islam, jika kita berasa ingin marah, kecewa, gembira dan lain-lain perasaan, luahkanlah kepada Allah s.w.t.. Allah itu Maha Mendengar. Berdoalah kepada Allah sentiasa kerana Allah amat suka pada hamba-Nya yang selalu merayu kepada-Nya.
Berdoalah dengan cara yang elok. Seperti kita meminta sesuatu dengan seseorang, kita akan meminta dengan penuh berhemah. Begitu juga semasa kita berdoa. Kita mestilah berdoa dengan hati yang penuh ikhlas, berhati-hati di dalam berdoa. Maksudnya berdoalah dengan teratur. Jangan tergopoh gapah. Jika kita tidak dapat berdoa di dalam bahasa Arab, berdoalah di dalam bahasa apa sekalipun dengan hati yang ikhlas, Allah s.w.t. akan mendengarnya. Kerana Allah s.w.t Maha Mendengar walaupun kita hanya bercakap di dalam hati.
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment