Al-Quran
adalah kitab suci yang merupakan sumber utama dan pertama ajaran Islam menjadi
petunjuk kehidupan umat manusia diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.,
sebagai salah satu rahmat yang tidak ada sempadannya di alam semesta. Di dalamnya terkumpul wahyu
Ilahi yang menjadi petunjuk, pedoman dan pelajaran bagi siapa yang mempercayai
serta mengamalkannya. Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan oleh
Allah, yang isinya merangkumi segala-galanya tentang syari’at yang terdapat dalam kitab-kitab suci
yang sebelumnya. Kerana itu, setiap orang yang mempercayai Al-Quran, akan
bertambah rasa cinta kepadanya, cinta untuk membacanya, untuk mempelajari dan
memahaminya serta untuk mengamalkan dan mengajarkannya sehingga keseluruhan
rahmatnya dirasai dan dikecapi oleh penghuni alam semesta.
Setiap
Mu’min yakin , bahawa dengan hanya membaca Al-Quran sahaja, sudah termasuk amal
yang sangat mulia dan akan mendapat pahala yang berlipat-ganda, sebab yang
dibacanya itu adalah kitab suci Al-Quran. Al-Quran adalah sebaik-baik bacaan
bagi orang Mu’min,diwaktu senang mahupun diwaktu susah, diwaktu gembira mahupun
diwaktu sedih. Malahan membaca Al-Quran itu bukan sahaja menjadi amal dan
ibadah, tetapi juga menjadi ubat dan penawar bagi orang yang gelisah jiwanya.
Pada
suatu hari datanglah seseorang kepada sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama
Ibnu Mas’ud r.a. meminta nasihat, katanya: “Wahai Ibnu Mas’ud, berilah nasihat
yang dapat kujadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari
ini aku merasa tidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut; makan tidak
kenyang, tidurpun tidak lena.”
Maka
Ibnu Mas’ud menasihatinya, katanya: “Kalau penyakit itu yang menimpamu maka
bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, iaitu ke tempat orang membaca al-Quran;
engkau baca Al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya; atau
engkau pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah; atau engkau
cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau bersujud menyembah Allah,
umpama di waktu tengah malam buta, di saat orang sedang tidur nyenyak, engkau
bangun mengerjakan solat malam, meminta dan memohon kepada Allah ketenangan
jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurnian hati. Seandainya jiwamu masih belum
terubat dengan cara ini, engkau minta kepada Allah, agar diberi-Nya hati yang
lain, sebab hati yang ada padamu itu, bukan lagi hatimu.”
Setelah
orang iu kembali ke rumahnya, diamalkannya segala nasihat Ibnu Mas’ud r.a. itu.
Dia pergi mengambil wudhu kemudian diambilnya Al-Quran, terus dia membaca
dengan hati yang khusyu’. Selesai membaca Al-Quran, berubahlah kembali jiwanya,
menjadi jiwa yang tenang dan tenteram, fikirannya jernih, kegelisahannya juga
telah hilang.
Tentang
keutamaan dan kelebihan membaca Al-Quran, Rasulullah menyatakan dalam sebuah
hadis yang diriwayatkanoleh Bukhari dan Muslim, yang bermaksud: “Ada dua
golongan manusia yang sungguh-sungguh orang dengki kepadanya, iaitu orang yang
diberi oleh Allah kitab suci Al-Quran ini, dibacanya siang dan malam; dan orang
yang dianugerahi Allah kekayaan harta, siang dan malam kekayaan ini
digunakannya untuk segala sesuatu yang diredhai Allah.”
Di dalam
hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah menyatakan
tentang kelebihan martabat dan keutamaan orang membaca Al-Quran, yang
bermaksud: “Perumpamaan orang Mu’min yang membaca al-Quran, adalah seperti
bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat; orang Mu’min yang tidak suka
membaca Al-Quran, adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi
manis rasanya; orang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga,
berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca
Al-Quran, tidak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit
sekali.”
Dalam
sebuah hadis, Rasulullah juga menerangkan bagaimana besarnya rahmat Allah
terhadap orang-orang yang membaca Al-Quran di rumah-rumah ibadat (masjid,
surau, musolla dan lain-lain). Hal ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang
mashurlagi sahih yang bermaksud: “Kepada kaum yang suka berjemaah di
rumah-rumah ibadat, membaca Al-Quran secara bergilir-gilir dan mengajarkannya
terhadap sesamanya, akan turunlah kepadanya ketenangan dan ketenteraman, akan
terlimpah kepadanya rahmat dan mereka akan dijaga oleh malaikat, Allah juga
akan selalu mengingati mereka” (diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah).
Dengan
hadis di atas nyatalah bahawa membaca Al-Quran, baik mengetahui ertinya ataupun
tidak, adalah termasuk ibadah, amal soleh dan memberi rahmat serta manfaat bagi
yang membacanya, memberi cahaya ke dalam hati yang membacanya sehingga terang
benderang, juga memberi cahaya kepada keluaga rumah tangga tempat Al-Quran itu
di baca. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Baihaqi dari Anas r.a.,
Rasulullah bersabda: “Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumah tanggamu dengan
solat dan dengan membaca Al-Quran!”
Di dalam
hadis yang lain lagi, rasulullah menyatakan tentang member cahaya rumah tangga
dengan membaca Al-Quran itu. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Daru Quthni
dari Anas r.a., Rasulullah memerintahkan: “Perbanyakkanlah membaca Al-Quran
dirumahmu, sesungguhnya di dalam rumah yang tidak ada orang membaca Al-Quran,
akan sedikit sekali dijumpai kebaikan di rumah itu, dan akan banyak sekali kejahatan,
serta penghuninya selalu merasa sempit dan susah.”
Mengenai
pahala membaca Al-Quran, Ali bin Abi Thalib mengatakan bahawa, tiap-tiap orang
yang membaca Al-Quran dalam solat, akan mendapat pahala lima puluh kebajikan
untuk tiap-tiap huruf yang diucapkannya, membaca Al-Quran di luar solat dengan
berwudhu, pahalanya dua puluh lima kali kebajikan bagi setiap huruf yang
diucapkannya dan membaca Al-quran di luar sembahyang dengan tidak berwudhu,
pahalanya sepuluh kebajikan bagi setiap huruf yang diucapkannya.

insyaallah...kita pasti diredhai oleh allah..
ReplyDeletexyz4mir.blogspot.com/
insyaAllah.. da lgi smbngnnye.. insyaAllah akn menyusul lpas ni..
ReplyDelete