Followers

Sunday, 25 September 2011

KEUTAMAAN MEMBACA AL-QURAN DAN CARA MEMBACANYA


3. MEMBACA AL-QURAN SEHINGGA KHATAM (TAMAT)
            Bagi seorang mu’min, membaca Al-Quran telah menjadi kecintaannya. Pada waktu membaca Al-Quran, ia sudah merasa seolah-olah jiwanya menghadap ke hadirat Allah Yang Maha Kuasa; menerima amanat dan hikmat suci, memohon limpah kurnia serta rahmat dan pertolongan-Nya. Membaca Al-Quran menjadi wiridnya yang tertentu, baik siang ataupun malam. Dibacanya halaman demi halaman, surah demi surah dan juzuk demi juzuk, akhirnya sampai khatam (tamat). Tidak ada suatu kebahagiaan di dalam hati seseorang mu’min melainkan bila dia dapat membaca Al-Quran sehingga khatam. Apabila sudah khatam, itulah puncak dari segala kebahagiaan hatinya.
            Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, Imam Al-Ghazali mencatat beberapa hadis dan riwayat mengenai pembacaan Al-Quran sehingga khatam. Digambarkannya, bagaimana para sahabat, dengan keimanan dan keikhlasan hati, berlumba-lumba membaca Al-Quran sampai khatam, ada yang khatam dalam sehari semalam sahaja, bahkan ada yang khatam dua kali dalam sehari semalam dan seterusnya. Di dalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah menyuruh Abdullah bin Umar, supaya mengkhatamkan Al-Quran sekali dalam seminggu. Begitulah para sahabat seperti Usman, Zaid bin Tsabit, Ibnu Mas’ud dan ‘Ubayy bin Ka’ab, telah menjadi wiridnya untuk mengkhatamkan Al-Quran pada tiap-tiap hari Jumaat.
            Adapun mereka yang mengkhatamkan Al-Quran sekali dalam seminggu, Al-Quran itu dibahagi kepada tujuh, menurut pembahagian yang sudah mereka susun. Usman bin ‘Affan r.a. pada malam Jumaat, memulai membacanya dari surah Al-Baqarah sehingga surah Al-Maaidah, malam Sabtu dari surah Al-An’aam sehingga surah Hud, malam Ahad dari surah Yusuf sehinnga surah Maryam, malam Isnin dari surah Thaha sehingga surah Al-Qashash,malam Selasa dari surah Al-‘Ankabuut sampai surah Shaad, malam Rabu dari surah Tanzil sehingga surah Al-Rahman, dan mengkhatamkannya pada malam Khamis. Tetapi Ibnu Mas’ud berlainan cara pembahagiannya, iaitu; hari yang pertama 3 surah, hari kedua 5 surah, hari ketiga 7 surah, hari keempat 9 surah, hari kelima 11 surah, hari keenam 13 surah dan hari ketujuh adalah surah yang selebihnya sehingga khatam (tamat).
            Di samping itu, ada juga di antara para sahabat yang membaca Al-Quran sampai khatam dalam masa sebulan, untuk memperdalam penyelidikannya mengenai maksud yang terkandung di dalamnya.

Friday, 23 September 2011

KEUTAMAAN MEMBACA AL-QURAN DAN CARA MEMBACANYA


2. MEMPERDENGARKAN BACAAN AL-QURAN
            Di dalam ajaran Islam, bukan sahaja membaca Al-Quran yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, tetapi memperdengarkan bacaan Al-Quran pun sama. Sebahagian ulama mengatakan, bahawa memperdengarkan bacaan Al-Quran pahalanya sama dengan orang yang membacanya.
            Tentang pahala orang yang memperdengarkan bacaan Al-Quran dengan jelas dalam surah (7) Al-A’raaf ayat 204 yang bermaksud: “Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah (baik-baik) dan perhatikanlah dengan tenang, agar kamu mendapat rahmat.”
            Memperdengarkan bacaan Al-Quran dengan baik, dapat menghiburkan perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melembutkan hati yang keras, serta mendatangkan petunjuk. Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang memperdengarkan bacaan Al-Quran dengan baik. Sebegitu besar mu’jizat Al-Quran sebagai wahyu Ilahi, yang tidak bosan-bosan orang membaca dan memperdengarkannya. Malahan semakin kerap orang membaca dan memperdengarkannya, semakin terpikat hatinya kepada Al-Quran; bila Al-Quran dibaca dengan lidah yang fasih, dengan suara yang baik dan merdu akan lebih mempengaruhi jiwa orang yang mendengarnya dan bertambah imannya. Bagaimana keadaan orang mu’min tatkala memperdengarkan bacaan al-Quran itu, digambarkan oleh firman Allah dalam surah (8) Al-Anfaal ayat 2 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerananya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.”
            Diriwayatkan bahawa pada suatu malam. Nabi Muhammad s.a.w. mendengar Abu Musa Al-Asy’ari membaca Al-Quran sampai lewat malam. Apabila baginda sampai dirumah, baginda ditanya oleh isteri baginda Aisyah r.a., apa sebabnya baginda pulang sehingga lewat malam. Rasulullah menjawab, bahawa beliau terpikat oleh kemerduan suara Abu Musa Al-Asy’ari membaca Al-Quran, seperti merdunya suara Nabi Daud a.s..
            Di dalam riwayat, terlalu banyak diceritakan, betapa pengaruh bacaan Al-Quran pada masa Rasulullah terhadap hati orang-orang kafir yang setelah mendengar bacaan Al-Quran itu. Tidak ada sedikit hati yang pada mulanya keras dan marah kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta pengikut-pengikutnya, berbalik menjadi lembut dan mahu mengikuti ajaran Islam.
            Rasulullah sendiri sangat gemar mendengar bacaan Al-Quran dari orang lain. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang berkata, bahawa Abdullah Ibnu Mas’ud menceritakan sebagai berikut: Rasulullah berkata padaku: “Hai Ibnu Mas’ud, bacakanlah Al-Quran untukku!”. Lalu aku menjawab: “Apakah aku pula yang membacakan Al-Quran untukmu, ya Rasulullah, padahal Al-Quran itu diturunkan Tuhan kepadamu?”. Rasulullah menjawab: “Aku senang mendengar bacaan Al-Quran itu dari orang lain.”
            Kemudian Ibnu Mas’ud membacakan beberapa ayat dari surah An-Nisaa’. Maka tatkala bacaan Ibnu Mas’ud itu sampai kepada ayat 41 yang bermaksud: “Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seorang saksi (rasul dan nabi) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (umatmu)”;
Kerana ayat itu sangat mengharukan hati Rasulullah, lalu beliau berkata: “Cukuplah sekian saja ya Ibnu Mas’ud!”. Ibnu Mas’ud melihat Rasulullah menitiskan air matanya serta menundukkan kepalanya.

Monday, 19 September 2011

KEUTAMAAN MEMBACA AL-QURAN DAN CARA MEMBACANYA


1. MEMBACA AL-QURAN

     
       Al-Quran adalah kitab suci yang merupakan sumber utama dan pertama ajaran Islam menjadi petunjuk kehidupan umat manusia diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w., sebagai salah satu rahmat yang tidak ada sempadannya di  alam semesta. Di dalamnya terkumpul wahyu Ilahi yang menjadi petunjuk, pedoman dan pelajaran bagi siapa yang mempercayai serta mengamalkannya. Al-Quran adalah kitab suci yang terakhir diturunkan oleh Allah, yang isinya merangkumi segala-galanya tentang  syari’at yang terdapat dalam kitab-kitab suci yang sebelumnya. Kerana itu, setiap orang yang mempercayai Al-Quran, akan bertambah rasa cinta kepadanya, cinta untuk membacanya, untuk mempelajari dan memahaminya serta untuk mengamalkan dan mengajarkannya sehingga keseluruhan rahmatnya dirasai dan dikecapi oleh penghuni alam semesta.
  
          Setiap Mu’min yakin , bahawa dengan hanya membaca Al-Quran sahaja, sudah termasuk amal yang sangat mulia dan akan mendapat pahala yang berlipat-ganda, sebab yang dibacanya itu adalah kitab suci Al-Quran. Al-Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi orang Mu’min,diwaktu senang mahupun diwaktu susah, diwaktu gembira mahupun diwaktu sedih. Malahan membaca Al-Quran itu bukan sahaja menjadi amal dan ibadah, tetapi juga menjadi ubat dan penawar bagi orang yang gelisah jiwanya.
     
       Pada suatu hari datanglah seseorang kepada sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Ibnu Mas’ud r.a. meminta nasihat, katanya: “Wahai Ibnu Mas’ud, berilah nasihat yang dapat kujadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini aku merasa tidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut; makan tidak kenyang, tidurpun tidak lena.”
      
      Maka Ibnu Mas’ud menasihatinya, katanya: “Kalau penyakit itu yang menimpamu maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, iaitu ke tempat orang membaca al-Quran; engkau baca Al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya; atau engkau pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah; atau engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di sana engkau bersujud menyembah Allah, umpama di waktu tengah malam buta, di saat orang sedang tidur nyenyak, engkau bangun mengerjakan solat malam, meminta dan memohon kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurnian hati. Seandainya jiwamu masih belum terubat dengan cara ini, engkau minta kepada Allah, agar diberi-Nya hati yang lain, sebab hati yang ada padamu itu, bukan lagi hatimu.”
  
          Setelah orang iu kembali ke rumahnya, diamalkannya segala nasihat Ibnu Mas’ud r.a. itu. Dia pergi mengambil wudhu kemudian diambilnya Al-Quran, terus dia membaca dengan hati yang khusyu’. Selesai membaca Al-Quran, berubahlah kembali jiwanya, menjadi jiwa yang tenang dan tenteram, fikirannya jernih, kegelisahannya juga telah hilang.

            Tentang keutamaan dan kelebihan membaca Al-Quran, Rasulullah menyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkanoleh Bukhari dan Muslim, yang bermaksud: “Ada dua golongan manusia yang sungguh-sungguh orang dengki kepadanya, iaitu orang yang diberi oleh Allah kitab suci Al-Quran ini, dibacanya siang dan malam; dan orang yang dianugerahi Allah kekayaan harta, siang dan malam kekayaan ini digunakannya untuk segala sesuatu yang diredhai Allah.”
  
          Di dalam hadis yang lain, yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah menyatakan tentang kelebihan martabat dan keutamaan orang membaca Al-Quran, yang bermaksud: “Perumpamaan orang Mu’min yang membaca al-Quran, adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat; orang Mu’min yang tidak suka membaca Al-Quran, adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya; orang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, tidak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali.”

            Dalam sebuah hadis, Rasulullah juga menerangkan bagaimana besarnya rahmat Allah terhadap orang-orang yang membaca Al-Quran di rumah-rumah ibadat (masjid, surau, musolla dan lain-lain). Hal ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang mashurlagi sahih yang bermaksud: “Kepada kaum yang suka berjemaah di rumah-rumah ibadat, membaca Al-Quran secara bergilir-gilir dan mengajarkannya terhadap sesamanya, akan turunlah kepadanya ketenangan dan ketenteraman, akan terlimpah kepadanya rahmat dan mereka akan dijaga oleh malaikat, Allah juga akan selalu mengingati mereka” (diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah).
            Dengan hadis di atas nyatalah bahawa membaca Al-Quran, baik mengetahui ertinya ataupun tidak, adalah termasuk ibadah, amal soleh dan memberi rahmat serta manfaat bagi yang membacanya, memberi cahaya ke dalam hati yang membacanya sehingga terang benderang, juga memberi cahaya kepada keluaga rumah tangga tempat Al-Quran itu di baca. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Baihaqi dari Anas r.a., Rasulullah bersabda: “Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumah tanggamu dengan solat dan dengan membaca Al-Quran!”

           Di dalam hadis yang lain lagi, rasulullah menyatakan tentang member cahaya rumah tangga dengan membaca Al-Quran itu. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Daru Quthni dari Anas r.a., Rasulullah memerintahkan: “Perbanyakkanlah membaca Al-Quran dirumahmu, sesungguhnya di dalam rumah yang tidak ada orang membaca Al-Quran, akan sedikit sekali dijumpai kebaikan di rumah itu, dan akan banyak sekali kejahatan, serta penghuninya selalu merasa sempit dan susah.”
   
         Mengenai pahala membaca Al-Quran, Ali bin Abi Thalib mengatakan bahawa, tiap-tiap orang yang membaca Al-Quran dalam solat, akan mendapat pahala lima puluh kebajikan untuk tiap-tiap huruf yang diucapkannya, membaca Al-Quran di luar solat dengan berwudhu, pahalanya dua puluh lima kali kebajikan bagi setiap huruf yang diucapkannya dan membaca Al-quran di luar sembahyang dengan tidak berwudhu, pahalanya sepuluh kebajikan bagi setiap huruf yang diucapkannya.

Saturday, 13 August 2011

MASJID

Bila masuk sahaja bulan Ramadhan, berpusu-pusu manusia ke masjid. Terutama solat terawih. memang penuh masjid mahupun surau. Adakah hanya dalam bulan Ramadhan sahaja masjid dan surau penuh? Kenapa tidak penuh dalam bulan-bulan biasa? Mungkin ada yang telah di ajar dari kecil lagi, bila masuk sahaja bulan Ramadhan, mesti pergi solat terawih di surau atau masjid. Ajaran seperti ini memang bagus. Tetapi kenapa tidak di ajar supaya anak-anak pergi ke masjid tiap-tiap waktu solat ke masjid mahupun surau? Jika hanya ibu bapa yang menyuruh anak-anak mereka pergi ke masjid, sedangkan mereka ada di rumah, sudah pasti anak-anak tidak mahu pergi. Tanggungjawab ibu bapa untuk membawa anak-anak pergi ke masjid semenjak dari kecil lagi. Jika mereka selalu pergi, mereka akan terbiasa dengan masjid dan jika mereka telah besar, mereka akan pergi dengan sendirinya ke masjid. Pada mulanya mungkin mereka pergi kerana terbiasa, tetapi lama-kelamaan mereka akan faham maksud sebenar di sebalik perbuatan ibu bapa mereka yang membawa mereka ke masjid ketika kecil. Biarlah anak-anak kecil mengenal jalan ke masjid dahulu sebelum mereka mengenal jalan-jalan ke pasaraya, 'supermarket' mahupun 'hypermarket'.

Sekian..

Sunday, 7 August 2011

Resepi Spaghetti Bolognese





Bahan-bahan (5-6 orang)

1 paket spaghetti
500g daging cincang
1 tin tomato puri
6 ulas bawang merah (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato (dihiris nipis)
1/2 biji lobak merah (dipotong dadu)
1/2 biji capsicum (dipotong dadu)
3-4 biji cendawan butang (dipotong dadu)
1 cawan air
1 senduk susu segar
1 kiub stok daging lembu (optional)
Oregano atau Italian herbs
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara

Untuk spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
Masukkan tomato, lobak merah, capsicum dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
Masukkan tomato puri, air dan susu. Kacau hingga sekata.
Masukkan oregano/Italian herbs dan stok daging lembu (optional).
Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.
Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
Siap untuk dihidangkan.

Thursday, 4 August 2011

KEK BLACK FOREST

Bahan-Bahan:

250 gm mentega
1 sudu teh serbuk kopi
1 ½ cawan air suam
2 cawan gula kastor
2 sudu makan coklat cair
2 biji telur
1 cawan tepung gandum 1 ½ cawan tepung naik sendiri
½ cawan serbuk koko
2 sudu teh srebuk vanila
250 gm chocolate rice
½ liter krim susu segar
Buah ceri

Cara:


Siapkan loyang bulat dan sapukan permukaannya dengan mentega dan alaskan dengan kertas minyak.

Cairkan mentega di atas api kecil kemudian angkat dan ketepikan seketika.

Masukkan serbuk kopi, air suam, gula kastor dan coklat cair ke dalam cairan mentega dan panaskan sekali lagi pada api kecil hingga semua bahan cair. Kacau hingga semuanya mesra. Pastikan jangan sampai mendidih.

Pindahkan ke dalam bekas yang lebih besar dan sejukkan.

Masukkan telur kemudian putar hingga kembang.

Masukkan tepung gandum, tepung naik sendiri, serbuk koko, serbuk vanila dan putar hingga semua bahan mesra.

Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 45 minit.

Hiaskan dengan krim segar dan chocolate rice.

BLACKBERRY CHEESECAKE

Bahan-Bahan:

Untuk Base:  
1 peket biskut digestives
2 cawan cornflakes
3 sudu besar gula perang
3 sudu besar mentega lembik

Untuk Filling: 
750 gm (3 peket) Philadelphia Cream Cheese
225 gm gula caster
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
150 ml (1 pek kecil) yogurt perasa strawberry
1 tin blackberry (brand S&W); ditapis (hanya ambil buahnya sahaja)

Cara:
Biar semua bahan pada suhu bilik
Panaskan oven pada suhu 180C.

Cara Untuk Base: 
Kisar atau hancurkan biskut dan cornflakes hingga halus.
Campurkan gula dan mentega hingga sebati ke dalam adunan biskut itu.
Dalam acuan 'springform' atau 'loose bottom' bulat 23 cm, tekankan adunan base itu hingga rata dan kejap.
Bakar base selama 7 minit. Ketepikan.


Cara Untuk Filling: 
Pukul cream cheese dan gula selama 3 minit.
Kemudian ayak ke dalam adunan cheese itu tepung jagung. Pukul lagi sehingga kembang dan tidak berbintil.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan yogurt. Kacau sampai sebati.
Dengan menggunakan udip atau spatula, kaup balikkan buah blackberry itu hingga rata dalam adunan.
Tuang adunan itu atas base yang telah tersedia.
Bakar selama 30 minit atau hingga tepi kek sudah tertarik dari acunya.
Setelah masak, tutup api oven dan biarkan kek dalam oven selama sejam. Renggangkan pintu oven dengan sudip kayu agar terbuka sedikit. Sejukkan dalam peti sejuk.

Cadangan Hidangan:
Setelah kek sejuk, boleh dihias dengan 'mock glaze' iaitu jeli blueberry segera (suku peket) dicairkan dengan air panas dan disudukan perlahan-lahan atas permukaan kek rata-rata.

CHEESE CAKE

Bahan-Bahan:
500 gram keju
3 sudu besar jus oren
¾ cawan coklet
250 gram buter
6 oz gula halus
100 gram tepung gandum
4 sudu besar air
3 sudu susu tepung
4 biji telur

Cara:

Pukul keju dengan gula selama 5 minit. Masukkan butter pukul sampai berkrim, masukkan telur satu persatu ,selepas itu masukkan tepung gandum berserta dengan susu tepung.Diikuti dengan air berserta sekali dengan jus oren.Selepas adunan dicampurkan semua pukul hingga sebati. masukkan dalam ketuhar dan bakar hingga masak dalam suhu sederhana.

Tambahan:
sebelum membakar cheese cake ituletakkan satu manggkuk air kedalam loyang dibawahnya sebelum membakar

Monday, 1 August 2011

RESEPI UMPAN IKAN


PATIN
1. DEDAK 926+ DEDAK BOM CAP KEPALA HELANG+PATI PANDAN SIKIT
2. ROTI GARDINEIA + PATI PANDAN +PATI STRAWBERY+ HAMPAS KELAPA GORENG JANGAN BAGI HANGUS
3. MAURIPAN N PERAM DUA HARI


PACU
1.CACING
2.HATI AYAM
3.DEDAK BOM KEPALA HELANG


ROHU
DEDAK 929+DEDAK MERAH KEPALA HELANG +MATA RAMBAI TALI WARNA MERAH (ROHU BERANGIN NGAN WARNA MERAH)


TALAPIA
1. PALET
2.CACING
3.PERUT AYAM

Ramadhan

Assalamualaikum wbt..
Seperti yang kita sedia maklum, seringkali di khabarkan kepada kita bahawa di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, syaitan-syaitan semuanya telah diikat oleh Allah swt. Walaupun syaitan-syaitan telah diikat, tetapi nafsu masih lagi wujud dalam diri kita. Nafsu ini ada banyak. Ada nafsu baik dan juga nafsu kurang baik. jadi, kita seharusnya kawal nafsu dengan sebaik mungkin. Dengan berpuasa kita boleh mengawal nafsu kita. Nafsu dalam diri kita akan kalah apabila kita berpuasa.

Di dalam bulan ramadhan ini, siang harinya kita berpuasa, dan di malam harinya pula kita solat terawih. Solat terawih adalah sunat muakad, solat lima waktu adalah wajib. Kita kena tunaikan yang wajib terlebih dahulu, barulah menunaikan yang sunat kerana ibadat sunat akan melengkapi ibadat wajib. Jika kita hanya berpuasa, tetapi tidak melakukan solat, seolah-olah pahala puasa itu terapung-apung, kerana solat itu tiang agama.samalah seperti rumah, yang tiada tiang, tapi hanya ada bumbung. Di mana kita hendak letak bumbung tersebut kalau tiada tiang. Renung-renungkan dan selamat beramal....

Sinarilah Ramdhan tahun ini dengan ibadat yang berlipat kali ganda berbanding tahun-tahun sebelum ini. Insya-Allah. Bersyukurlah kita masih lagi di panjangkan usia untuk bertemu dengan ramdhan tahun ini...

Sekian....

Tuesday, 26 July 2011

DURIAN

Bila musim durian tiba, ke mana sahaja kita pergi, mesti ada penjual yang menjual durian di tepi jalan. Dari jenis yang kecil hingga yang paling besar, ada juga yang jual secara timbang berat dan ada juga yang jual secara longgok, memang akan ada yang membelinya.

Apabila makan, amatlah sedap, tetapui kebersihan mestilah dijaga dengan sebaiknya. Kulit durian keras, kalau terpijak, sakit juga. Ada satu kisah, pada satu malam, majlis makan pulut durian diadakan di suatu kawasan (nama dirahsiakan). Pada mulanya memang ramai dan mendapat sambutan dari golongan kanak-kanak mahupun dewasa, golongan ibu mahupun ayah, semuanya turut hadir memeriahkan suasana. Pulut yang telah dikukus pada petang itu, tidak cukup untuk menampung bilangan orang yang hadir, maka suasana yang agak kelam kabut terjadi untuk memasak pulut yang lain. Cerita kali ini bukan berdasarkan pulut, tetapi mengenai kebersihan. Selepas tamatnya majlis tersebut, orang ramai mula bersurai dan saya sempat melihat seorang pakcik menaiki motosikal beliau untuk balik. Beliau baru sahaja hendak pulang, motosikal yang dinaiki beliau telah terpijak kulit durian yang ada di atas jalan raya. Masya-Allah, siapa yang sanggup tinggalkan kulit durian tersebut. Nasib baik pakcik tersebut tidak jatuh dari motosikalnya.


 Apabila saya memandang ke belakang, ada satu lagi pemandangan yang tidak elok. Ada kulit durian atas kereta. Setahu saya kereta tidak boleh makan durian, kenapa boleh ada kulit durian atas kereta tersebut?


Inilah sikap kita. Tidak tahu berterima kasih. Terima kasih itu bukan sahaja boleh di ucapkan dengan kata-kata, tetapi juga boleh digambarkan dengan perbuatan. Contohnya, selepas makan, buanglah kulit durian di tempat yang disediakan supaya tidak mencacatkan pemandangan.

Sekian

BILA DIRI DISAYANGI

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut nama-Mu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap nama-Mu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri

TANGGUNGJAWAB

Assalamualaikum wbt...
Salam ukhuwah untuk semua..
Kali ini saya ingin berkongsi tentang adab, iaitu adab meminjam. Sekarang ini kita sering mendengar tentang orang yang meminjam, tapi tidak memulangkannya kembali. Sama ada dalam bentuk wang mahupun harta benda. Jika kita meminjam wang dipanggil berhutang. Walaupun sepuluh sen, ia tetap hutang melainkan si pemberi hutang tersebut telah menghalalkan sepuluh sen tersebut atau sedekahkan kepada si penerima tersebut.

Hutang wajib dibayar walaupun tidak ditutntut. Inilah ungkapan yang sering kita dengar. Selalunya jika sahabat yang meminjam wang, sahabat yang memberi itu selalunya serba salah untuk menuntut kembali wang dari sahabatnya kerana risau sahabatnya itu masih lagi tidak mampu untuk membayarnya. Jadi, menjadi tanggungjawab si peminjam untuk membayar balik wang tersebut jika mampu. Jika masih lagi tidak mampu, beritahulah sahabat kita untuk melanjutkan tempoh pembayaran tersebut.Insya-Allah, beliau akan menerima alasan itu dengan baik.

Jika harta benda yang kita pnjam, seharusnya kita memulangkan balik harta benda itu dalam keadaan asal seperti mana yang kita pinjam. Jika hilang atau rosak, bayarlah dengan nilai harga barangan itu sebagai ganti rugi. Sudah menjadi tanggungjawab peminjam untuk menjaga benda yang dipinjam sebaik mungkin.

Apa yang ingin saya perkatakan di sini adalah tentang tanggungjawab kita. Orang akan mempercayai kita jika kita amanah. Amanah terhadap barang yang dipinjam. Sifat amanah adalah sifat yang mulia. Janganlah kita sesekali merosakkan kepercayaan orang lain terhadap diri kita. Mungkin sesetengah orang berpendapat, "sekali aku tidak percaya, selama-lamanya aku tidak percaya". Pendapat ini seharusnya dijauhkan kerana manusia itu boleh berubah menjadi lebih baik. Mungkin sebelum ini dia tidak amanah, tetapi sekarang dia telah insaf dan berubah menjadi orng yang amanah terhadap apa yang dilakukannya.

Sekian.....

ANALISA

Hayatilah lirik nasyid ini......


Analisa, analisa analisa siapa kita

Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita

ADAB MENUNGGU


Assalamualaikum wbt..
Salam untuk sahabat sekalian. Apabila kita bercakap mengenai adab, memang terlalu banyak perkara yang ingin diperkatakan. Waktu ini saya hanya ingin membincangkan tentang adab menunggu. Sama ada menunggu rakan, ahli keluarga, guru atau sesiapa sahaja, kita harus mengekalkan adab tersebut dan jangan sesekali kita melanggarnya.


Kita sering mendengar orang-orang tua mahupun ibu bapa kita berkata, "biarlah kita yang menunggu orang, jangan sesekali biarkan orang menunggu kita". Seperti kita berjanji ingin berjumpa dengan rakan pada waktu tertentu, hendaklah kita datang seawal mungkin dari waktu yang telah ditetapkn. Begitu juga jika kita ingin pergi ke sesebuah syarikat untuk menghadiri temuduga. Kita mestilah datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan supaya keadaan tidak menjadi kelam kabut. Pandangan pertama penemuduga terhadap kita juga akan menjadi positif. Jika kita datang lewat, mugkin kita akan tertinggal sebarang dokumen yang penting, jadi kelam kabut dan tercungap-cungap ketika menghadiri temuduga. Pandangan penemuduga juga akan menjadi negatif terhadap kita. Mungkin penemuduga akan beranggapan yang kita jenis yang tidak bertanggungjawab, bagaimana mereka ingin memberikan kerja kepada kita.


Oleh itu, sama-samalah kita menjaga adab kita yang telah sekian lama dijadikan amalan oleh datuk nenek moyang kita dahulu.. Sekian..

KEPUTUSAN

Dalam kehidupan seharian, berapa kali kita membuat keputusan? Cuba kita hitung. adakah sekali, dua kali, sepuluh kali dalam sehari? Jawapannya adalah lebih dari itu dan mungkin mencapai ribuan keputusan yang kita buat dalam seharian. Cuba kita renungkan, bermula dari kita bangun dari tidur, kita sudah mula membuat keputusan, sama ada ingin terus tidur atau bangun untuk solat subuh, menggeliat dahulu sebelum solat subuh dan lain-lain lagi. Hanya dalam beberapa ketika sahaja kita sudah membuat banyak keputusan.

Maka, dalam seharian kita memang terlalu banyak membuat keputusan. Kadang-kala kita akan rasa pening atau tertekan kerana terlalu banayk perkara yang perlu di fikirkan dan perkara yang perlu diutamakan. Otak kita juga memerlukan rehat. Tujuan saya menulis hal ini adalah untuk kita merehatkan minda kita. Bukannya kita perlu jadi malas dengan tidak melakukan apa-apa pekerjaan, tetapi kita melakukan sesuatu perkara yang dapat menenangkan fikiran kita walaupun untuk seketika..

Dalam hal ini, saya dapat memikirkan beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk merehatkan fikiran,. Saya telah mencuba cara-cara ini dan alhamdulillah, ia berkesan untuk menenangkan fikiran saya. Perkara pertama yang saya lakukan ialah dengan melakukan aktiviti bersama keluarga seperti berjalan-jalan di taman. selain mengikatkan ukhuwah antara keluarga, kita juga telah merapatkan kasih sayang antara ahli keluarga. Kedua, membaca al-Quran. Apabila kita membaca al-Quran, kita akan rasa seolah-olah tiada apa-apa disekeliling kita. Apa yang kita nampak hanyalah ayat-ayat al-Quran. Insya-Allah, bukan setakat fikiran kita akan tenang, jiwa kita juga akan tenang, masalah juga akan hilang. Insya-Allah..

Inilah serba sedikit nukilan dari insan yang lemah yang banyak kekurangan. Apa yang saya tulis di sini adalah sebagai peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk para pembaca sekalian. Wallahualam...