Bissmillahirahmanirahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Salam Ramadhan. Nukilan pada kali ini hanyalah
sekadar ingin berkongsi sesuatu dengan para pembaca. Insya-Allah. Sehingga hari
ini, kita semua telah sedia maklum, ulama telah bersepakat mengatakan bahawa
memberi salam itu adalah sunat dan menjawab salam adalah wajib. Jika tidak
menjawabnya berdosa. Wallahu’alam.
Di sini, saya ingin berkongsi sesuatu di mana ada
salam yang tidak wajib untuk kita menjawabnya. Dari apa yang saya pelajari, ada
4 jenis salam yang tidak wajib bagi kita untuk menjawabnya.
- Apabila kita yakin bahawa si pemberi salam itu adalah bukan Islam. Maka tidak wajib bagi kita untuk menjawabnya. Jika kita ingin menjawabnya, maka cukuplah sekadar menjawab “ ‘Alaikum”..
- Salam yang diberi di dalam solat. Salam yang diberi di dalam solat adalah bukan ditujukan untuk kita. Jadi tidak wajib bagi kita untuk menjawabnya. Adakah ada dalam kalangan pembaca sekalian yang pernah menjawabnya.? Seperti orang sedang solat di sebelah kita memberi salam, kita pula menjawabnya. Maka, habislah solat kita. Waktu kita solat adalah waktu kita berbicara dengan Allah s.w.t. dengan memuji ke-Agungan-Nya.
- Salam yang diberi selepas ucapan yang disampaikan. Sering kali kita mendengar ucapan yang disampaikan, mukaddimah yang panjang, barulah disusuli dengan kalimah “Assalamualaikum”. Maka, salam ini tidak wajib kita menjawabnya dan tidak berdosa jika kita tidak menjawabnya. Nabi Muhammad s.a.w. pernah mengatakan, “Dahului salam sebelum ucapan”.
- Apabila ucapan salam dipersendakan ataupun dipermainkan. Sebagai contoh, apabila seorang lelaki memberi salam kepada seorang perempuan, “Assalamualaikum.. haa, tak jawab berdosa..”. Maka tidak wajib bagi perempuan tersebut untuk menjawabnya. Jika menjawabnya, ia seperti benang telah memasuki lubang jarum. Ia seperti si perempuan memberi tindak balas kepada panggilan si lelaki. Maka, berhati-hatilah.
Apa yang saya dapat simpulkan, ada salam yang wajib
kita menjawabnya dan ada juga salam yang tidak wajib bagi kita untuk
menjawabnya. Renung-renungkan dan selamat beramal.
Wallahualam.