Bila musim durian tiba, ke mana sahaja kita pergi, mesti ada penjual yang menjual durian di tepi jalan. Dari jenis yang kecil hingga yang paling besar, ada juga yang jual secara timbang berat dan ada juga yang jual secara longgok, memang akan ada yang membelinya.
Apabila makan, amatlah sedap, tetapui kebersihan mestilah dijaga dengan sebaiknya. Kulit durian keras, kalau terpijak, sakit juga. Ada satu kisah, pada satu malam, majlis makan pulut durian diadakan di suatu kawasan (nama dirahsiakan). Pada mulanya memang ramai dan mendapat sambutan dari golongan kanak-kanak mahupun dewasa, golongan ibu mahupun ayah, semuanya turut hadir memeriahkan suasana. Pulut yang telah dikukus pada petang itu, tidak cukup untuk menampung bilangan orang yang hadir, maka suasana yang agak kelam kabut terjadi untuk memasak pulut yang lain. Cerita kali ini bukan berdasarkan pulut, tetapi mengenai kebersihan. Selepas tamatnya majlis tersebut, orang ramai mula bersurai dan saya sempat melihat seorang pakcik menaiki motosikal beliau untuk balik. Beliau baru sahaja hendak pulang, motosikal yang dinaiki beliau telah terpijak kulit durian yang ada di atas jalan raya. Masya-Allah, siapa yang sanggup tinggalkan kulit durian tersebut. Nasib baik pakcik tersebut tidak jatuh dari motosikalnya.
Apabila saya memandang ke belakang, ada satu lagi pemandangan yang tidak elok. Ada kulit durian atas kereta. Setahu saya kereta tidak boleh makan durian, kenapa boleh ada kulit durian atas kereta tersebut?
Inilah sikap kita. Tidak tahu berterima kasih. Terima kasih itu bukan sahaja boleh di ucapkan dengan kata-kata, tetapi juga boleh digambarkan dengan perbuatan. Contohnya, selepas makan, buanglah kulit durian di tempat yang disediakan supaya tidak mencacatkan pemandangan.
Sekian



Durian SRS tu..
ReplyDeletetahu2 jh...
ReplyDelete