Followers

Wednesday, 25 December 2013

KEHIDUPAN

Setiap yang hidup pasti akan menemui mati. Ini yang kita selalu dengar. Tetapi adakah kita sering berfikir mengenai saat kematian kita? Berapa banyak bekalan yang kita akan bawa? Adakah bekalan kita itu cukup untuk menempah tiket ke syurga Allah s.w.t.? Sama-sama kita fikirkan.

Dalam kehidupan kita seharian, seharusnya kita berfikir tentang kematian. Cuba kita bertanya kepada diri kita sendiri. Adakah kita yakin bahawa kita masih lagi akan bernafas selepas jam ini atau
keesokkan hari? Tidak bukan. Kita tidak pernah mengetahui bilakah saat ajal kita akan menjelma. Saat di mana malaikat Izrail akan hadir untuk mencabut nyawa kita, adakah kita mengetahuinya? Jika kita mengetahuinya, sudah tentu semua orang akan meninggalkan urusan duniawi dan hanya akan menumpukan sepenuhnya untuk beribadat kepada Allah s.w.t., masjid-masjid juga akan sentiasa penuh. Tidak perlu menunggu ketika solat Jumaat dan juga solat hari raya untuk melihat masjid penuh.

Adakah kita sedar bahawa urusan duniawi yang kita lakukan seharian adalah satu ibadat? Urusan duniawi itu juga boleh menjadi ibadat jika kita melakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah s.w.t., semestinya urusan itu adalah urusan yang benar, iaitu urusan yang halal. Kita manusia dikurniakan akal fikiran. Itulah yang membezakan kita dengan makhluk yang lain. Maka, gunakanlah akal dengan sebaiknya untuk berfikir mana yang baik, mana yang buruk. Yang baik, kita lakukan, kita ikut, yang buruk jangan ditinggalkan, ambillah ia sebagai pedoman, agar tidak membuat perkara yang sama. InsyaAllah.

Wallahualam