Followers

Thursday, 7 March 2013

AKAL

Banyak perkara yang kita impikan setiap hari. tidak semestinya apa yang kita impikan itu akan tercapai. semua orang inginkan impian yang baik-baik, hebat-hebat. Tetapi perancangan Allah itu maha hebat. kadangkala kita akan merasa senang, kadang kala kita akan merasa susah. Di sini pentingnya keimanan di dalam hati. Allah mengurniakan nikmat kesenangan untuk menguji kita. Adakah kita bersyukur dengan nikmat yang diberikan-NYA? 

Nikmat kesenangan ini tidak hanya pada harta dan wang ringgit, kesihatan juga adalah salah satu darinya. tanpa kesihatan yang baik, dapatkah kita melakukan pekerjaan dengan sempurna untuk mencari rezeki? Oleh itu, janganlah kita takbur dengan kesenangan yang kita miliki. masih ramai lagi manusia yang memerlukan. Mungkin kita rasa kita tidak terlalu senang, maka ingatlah, masih ramai lagi lebih susah dari kita. jika kita fikir kita ada penyakit, masih ada lagi manusia yang menderita dengan penyakit. Jangan mudah mengeluh dengan ketentuan Ilahi. Semua yang terjadi ada hikmah disebaliknya.

Maka gunakanlah akal yang dikurniakan kepada kita sebagai manusia dengan sebaik-baiknya. Jangan di salahguna. Gunakan akal secara maksimum. Hayatilah ciptaan alam yang sungguh indah. Jangan dirosakkannya. Tadbirlah diri anda dengan sejujurnya dan seikhlas mungkin. In shaa Allah...

SIAPA KITA????

ASSALAMUALAIKUM WBT..
salam hormat, salam kasih, salam sayang buat sahabat-sahabat yang saya rindui. Sudah lama rasanya tidak mengeluarkan sesuatu di dalam blog.. Hari ini ingin saya berkongsi sesuatu dengan anda tentang siapakah kita sekarang..

Semenjak dari kecil, ibu bapa yang akan mengaturkan segala-galanya untuk kita. Dari cara berpakaian, pertuturan dan segala-galanya. Sehinggalah kita sudah pandai menguruskan diri sendiri. tetapi harus kita ingat bahawa walaupun kita sudah berdikari, sudah boleh mencari duit sendiri, tidak bermakna kita terus tidak menghiraukan ibu bapa kita. dahulu, jika kita inginkan duit, kita akan minta dengan ibu mahupun ayah. Sekarang, bila sudah pandai mencari sendiri, mereka kita abaikan. Jauhilah sikap seperti itu. setinggi mana pun kita belajar, sekaya mana pun kita di dunia ini, sehebat mana pun kita, tanpa ibu bapa siapalah kita sekarang. jangan sesekali kita lupa, kita leka dengan nikmat duniawi...

Sedikit perkongsian buat pembuka kata dan permulaan bicara.. In shaa Allah, di lain masa, waktu dan ketika, akan timbul entri yang terbaru.. in shaa allah...